Cara Membeli Kredit Panggilan dan Pelan 30 Hari

Kredit Panggilan atau pelan 30 hari diperlukan untuk menggunakan LINE Out. Pengguna Android juga boleh menggunakan Syiling LINE.
Pelan harga tersedia


Menggunakan Aplikasi LINE

Hanya sesetengah pek Kredit Panggilan boleh dibeli dari aplikasi LINE.

  1. Buka pad kekunci

  2. Ketik "Tetapan LINE Out.

  3. Ketik Caj Kredit.

  4. Ketik Caj untuk membeli kredit.

Pengguna Android juga boleh membuat panggilan menggunakan Syiling LINE dan bukan Kredit Panggilan.


Menggunakan Gedung Web LINE

Beli Kredit Panggilan di Gedung Web LINE dan dapatkan kredit bonus. Pelan 30 hari hanya tersedia di Gedung Web LINE.

  1. Buka Gedung Web LINE dalam pelayar anda dan klik Log masuk.
    https://store.line.me

  2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda. Untuk bantuan log masuk,
    klik di sini.

  3. Klik Kredit Panggilan dan pilih pelan yang anda mahu beli.